Sejak dua hari lalu, perkongsian seorang pengguna Twitter yang berkongsi gambar seorang pekerja Family Mart yang melaksanakan pelbagai tugasan seorang diri tular di Twitter.

“Dialah juruwang, dialah buat aiskrim, dialah panaskan wrap, dialah yang buat oden, dialah yang buat ramen cheese, dialah basuh utensils. Dialah semua,” tulisnya di Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rata-rata netizen yang pernah ke Family Mart cawangan lain turut bersetuju dengan situasi itu. Mereka juga pernah alami dan lihat situasi itu berlaku dan meluahkan rasa simpati kepada pekerja yang terpaksa buat segala kerja seorang diri.

Family Mart Malaysia semalam telah membuat penjelasan tentang isu ini menerusi akaun rasmi mereka.

Pertama sekali, mereka memohon maaf terhadap pengalaman tidak baik para pelanggan di mana-mana cawangan mereka perihal faktor kekurangan pekerja mereka.

“Sektor runcit sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dan syarikat kami tidak terkecuali. Kami telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini selama setahun ini antaranya:

– Menaikkan gaji dan elaun untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak pekerja tempatan. Kami meneliti tentang gaji secara berterusan.
– Usaha pengambilan kerja yang berterusan melalui pelbagai saluran.
– Memendekkan waktu operasi di kedai-kedai yang mengalami kekurangan tenaga kerja.

“Kami terus mencari cara untuk mengatasi masalah tenaga kerja kami. Kami sentiasa meneliti proses operasi kami untuk mencari penyelesaian yang boleh mengurangkan beban kerja di kedai (contohnya, mencuba sistem Self Service),” terang mereka.

Family Mart turut berkata mereka mempunyai banyak kekosongan untuk diisi di pelbagai lokasi yang sedia ada di seluruh negara, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan & Johor.

Jika anda sedang mencari kerja atau mengetahui sesiapa yang sedang mencari kerja, boleh hubungi terus pihak Family Mart menerusi [email protected].

Family Mart turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang sentiasa berdedikasi dan mahu para pelanggan untuk kekal bersabar sementara mereka mencari penyelesaian terbaik untuk situasi ini.