Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan yang menjadi lambang prestij negara kita. Akan tetapi, berita ini pasti akan membuatkan ramai orang bersedih kerana syarikat tersebut diambang kejatuhan apabila kerajaan tidak akan menyuntik lagi dana kepada syarikat itu.

Menurut laporan, Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya ia sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, ia merupakan pilihan terakhir untuk dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan itu sekiranya rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat tidak mencapai penyelesaian yang baik bagi memulihkan Malaysia Airlines.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat masih berjalan ketika ini. Malah, Khazanah bersedia menamatkan pembiayaan untuk Malaysia Airlines dan membiayai Firefly untuk mengembangkan operasinya bagi tujuan memenuhi ketersambungan yang diperlukan negara.

Jika berjaya, Firefly berpotensi untuk menjadi syarikat penerbangan kebangsaan dan mengakui akan terdapat pihak berkepentingan yang mungkin terkesan. Malah, Khazanah bimbang akan terus rugi jika terus membiayai Malaysia Airlines yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh lalu terpaksa melupuskan pegangannya dalam aset strategik yang lain atau menambah hutang.

Malaysia Airlines pernah menjadi syarikat penerbangan terbaik dunia kini berdepan beban hutang kerana tidak mampu untuk mendapatkan keuntungan sejak diswastakan sejak tahun 2014.

Lantaran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mengatakan ia merupakan syarikat penerbangan terbaik serta kesukaan ramai serta mahu kerajaan kekal pertahankan Malaysia Airlines. Malah, para netizen juga berkongsi kenangan manis bersama syarikat penerbangan kebanggaan rakyat Malaysia.

https://twitter.com/maskareyou/status/1316598616966995973

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Ramai juga berharap Malaysia Airlines dapat diselamatkan kerana ia merupakan kebanggaan Malaysia. Kongsikan kenangan anda bersama Malaysia Airlines jika ada pada ruangan komen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang trending di The Vocket. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri

Terakam Di Kamera ‘Dashboard’, Myvi Putih Terbang Selepas Langgar Kereta Menunggu Lampu Isyarat

Dari Kedai Kecil Ke Bursa Malaysia, Ini Kisah Permulaan MR DIY Yang Ramai Tidak Tahu

Sumber