Siapa yang tidak kenal pelakon yang dikenali dengan watak Cinta menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo. Terbaharu, beliau telah dipilih untuk mengisi suara yang akan digunakan dalam aplikasi waze.

Dian terpilih untuk mengisi suara pandu arah aplikasi tersebut sempena tanda sokongan beliau sebagai selebriti Sukan Asia Palembang 2018 disamping karakter beliau dan dikenali ramai. Menariknya, dikhabarkan juga Dian bukan sahaja membantu pemandu untuk memeberi arahan pemanduan tetapi juga beberapa dialog yang pernah digunakan di dalam filem Ada Apa Dengan Cinta dan filem terbaharunya, Aruna & Lidahnya.

Pengguna Waze boleh mengaktifkan penggunaan suara Dian dengan memilih Bahasa Indonesia Dian Sastrowardoyo-Asian Games dan rasai sendiri pengalaman memandu ‘bersama’ Dian.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group