Farid Kamil berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian selepas Diana Danielle telah membuat tuntutan cerai, pagi ini.

Bagaiamanapun Farid Kamil enggan melafazkan talak juga semasa sebutan permohonan cerai disebabkan masih sayangkan keluarganya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.

“Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya kepada portal Berita Harian.

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka.

“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.

“Tanyalah Diana, apa masalah dia,” ujar Farid ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Biarpun berdepan konflik rumah tangga, Farid berkata, isu keretakan rumah tangga tidak langsung mengganggu emosinya.

“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya.

Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi ini.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk makluman, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

Sumber