Filem Spiderman No Way Home telah ditayangkan baru-baru ini dan boleh dikatakan mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat Marvel di dalam negara dan juga luar negara.
Untuk pengetahuan anda, filem tempatan Prebet Sapu yang turut ditayangkan sama waktu dengan filem baru Spiderman seperti ‘disabotaj’. Akan tetapi, ada pihak yang mendakwa bahawa pawagam tempatan sengaja mengurangkan waktu tayangan filem itu untuk memberikan laluan kepada filem Spiderman.
Betul kah ini masih terjadi.?
Kongsikan jika berlaku hal ini di pawagam.. pic.twitter.com/WrFIXfvoJk
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) December 17, 2021
Filem yang dipilih oleh @FinasMy untuk ke Oscar di layan sebegini oleh pengusaha pawagam di Tanah Air sendiri..
Anda rasa.? pic.twitter.com/He2RrDUXS6
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) December 17, 2021
Isu tersebut mendapat perhatian Amerul Affendi yang merupakan pelakon filem Prebet Sapu itu dan beliau turut berkongsi beberapa tangkap layar penonton yang kecewa apabila tayangan filem dibatalkan oleh pihak pawagam.
Lalu, isu ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan ini bukan pertama kali filem tempatan ‘ditindas’ oleh pawagam tempatan. Malah, para netizen juga berpendapat sewajarnya pihak pawagam tempatan memberikan layanan adil kepada filem tempatan.
You cant really blame them seeing all the shitty local movie that had come to the screen. But prebet sapu deserves betterโฆ letโs hope they see it https://t.co/N51su2BcfZ
— BEN DูOVER ๐ณ๏ธโ๐ ืื ืืืืื ืฉืื (@BLLRCHMD) December 17, 2021
Salah timing movie release. Patut marketer dah tahu spiderman ni 2021 punya most anticipated movies , masih nak release same timing, cinema nak recover dari loss 2 tahun ofc la nak tmbh hall screening spiderman sbb demand tgh skyrocket. Ptut release prebet sapu to late Jan https://t.co/sqx14nuqDw
— p e w d i e d a n i s h a p p y (@pewdiedan) December 18, 2021
My 2Cent:
Even yang tengah viral pun tak pergi tengok, apatah lagi filem tempatan yang tak digembar-gemburkan sangat!
So, this is a good publisiti then! #PrebetSapu
Korang dah pergi tengok belum even ada tiga tayangan sehari? Dah ajak ke belum yang lain pergi? https://t.co/2cdRFFnqSd
— KitKat_Nelfei ๐๐ฒ๐พ (@KitkatNelfei) December 17, 2021
Dah lama cakap, we should start thinking about a more independent movie theaters not attached to malls. https://t.co/RvInLwVvcO
— its ya boy (@ninboy97) December 17, 2021
Akan tetapi, ada juga netizen yang berpendapat bahawa bukan hanya Prebet Sapu tetapi ada filem lain terkesan apabila filem yang ‘hype’ ditayangkan dan ketika ini Spiderman No Way Home adalah filem yang penonton mahu tonton. Oleh itu, pihak pawagam mahu mengambil untung kerana telah rugi disebabkan pandemik.
Amerul Affendi turut mengatakan mahu Finas mengambil tindakan atas isu ini. Bagi anda yang belum menonton filem Prebet Sapu, bolehlah tunjukkan sokongan kepada filem tempatan dengan menontonnya di pawagam terdekat anda.
Sementara itu, filem Motif juga pernah berdepan dengan isu yang sama sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Netizen Dakwa Pihak Pawagam Tempatan Sabotaj Tayangan Filem Motif
Ibarat Filem Hollywood, Munafik 2 Ditayangkan Setiap 15 Minit Di Pawagam