Sebut mengenai model pertama Proton, pasti ramai yang cukup ingat dengan model Proton Saga yang menjadi lambang kebanggaan negara sekitar tahun 80-an. Model yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 1985 ini mulai diekspot ke United Kingdon (UK) empat tahun selepas dilancarkan iaitu pada Mac 1989.

Seperti kebiasaan, model yang hadir dengan harga yang rendah ini seringkali menjadi jenaka beberapa reviewer di UK. Selain itu, model ini juga turut dijadikan prop dalam siri Mr.Bean.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, perkongsian daripada Facebook Practical Classics baru-baru ini membuktikan sebaliknya apabila Proton Saga serta beberapa model terawal Proton yang diekspot ke UK berjaya menerima pujian daripada penduduk di UK.

Hadir dengan harga yang rendah, model ini dikatakan masih mampu beroperasi dengan baik selepas tiga dekad. Bukan itu sahaja, terdapat penduduk UK yang bercita-cita untuk mengumpul model terawal Proton sebagai koleksi. Berikut merupakan antara komen pengguna Proton di UK.

Screenshot 2019-12-10 at 9.06.31 AM

Screenshot 2019-12-10 at 9.06.49 AM

Screenshot 2019-12-10 at 9.07.01 AM

Difahamkan model terawal Proton Saga yang diekspot juga berjaya dijual dengan laris pada tahun model ini mulai diekspot sekaligus menggugat beberapa pasaran jenama-jenama lain seperti Yugo, Lada dan Skoda ketika itu.

Komen-komen daripada netizen di UK ini secara tidak langsung berjaya membuatkan orang ramai di Malaysia berbangga dengan jenama ini. Berdasarkan pelan terbaru Proton, agak menarik untuk menyaksikan sekiranya jenama ini bakal membuat comeback untuk pasaran di UK.

Proton pada tahun hadapan menjanjikan pengeluaran model-model baru termasuk Proton X50 yang sudah dinantikan orang ramai sejak sekian lama. Ketahui lebih lanjut mengenai model yang bakal dijenamakan ini sebagai Proton X50 ini dengan klik pautan di bawah.

Tonton Pandang Pertama Geely Binyue Yang Bakal Dijenamakan Sebagai Proton X50

Netizen Samakan Logo Baharu Proton Dengan ‘ThunderCats’