Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri. Rata-rata netizen pelik bagaimana suspek tersebut boleh panjat pagar bangunan.

Terkini, menerusi laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada 11 Oktober dimana ketika itu, sembilan orang suspek telah dibawa ke pejabat SPRM untuk urusan dokumentasi jaminan.

photo_2020-10-26_10-59-53
HYPE
Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran
Baca lagi →

Akan tetapi, kesemua suspek enggan keluar daripada kenderaan masing-masing selepas melihat kehadiran ramai anggota polis di lobi pejabat SPRM dan juga berlaku kekecohan.

Lantaran itu, pihak polis akhirnya bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat berkenaan. Difahamkan, suspek utama Macau Scam dikatakan sudah memasuki kenderaan Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu lalu menuju ke pintu pagar utama.

Menerusi rakaman CCTV, suspek berjaya melepasi pagar tersebut dengan bantuan dua orang pengawal peribadi. Malah, sebuah kereta Perodua Myvi telah menunggu di tepi jalan bersedia untuk melarikan suspek.

Walau bagaimanapun, suspek bertindak keluar daripada kereta dan melarikan diri ke pagar sisi pejabat SPRM. Pihak polis hanya menyedari keadaan tersebut selepas suspek sudah melarikan diri.

Kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan kes ini pada pautan di bawah.

Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri

Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis

Anda Mungkin Suka