Pengalaman yang tak disangka-sangka. Individu bersama saya ni merupakan ‘hadiah’ yang Allah berikan kepada saya. Kenapa saya kata sedemikian rupa?

Ketika hari pertama saya sampai ke Kyoto iaitu lebih kurang 1 pagi waktu tempatan, bas telah tamat beroperasi. Kemudian, terjumpa beliau dan beliau menghantar saya ke lokasi tempat sukarelawan yang perlu saya sampai. Syukur sangat-sangat ketika itu kerana Allah memberi pertolongan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemudian, beberapa malam yang lepas, kami sempat lepak bersama, diatas permintaan beliau sebelum saya pulang ke Malaysia. Beliau membawa saya pergi ke restoran sushi dan karaoke bersama-sama rakan beliau. Semua tu dia belanja. Allah. Terharu sangat-sangat dapat kenalan Jepun seperti beliau.

Belum habis lagi.

Sebenarnya beliau merupakan seorang jurutera dan pada masa yang sama merupakan seorang Road Racer bagi kawasan Kyoto Dan Gifu. Salah satu kereta yang beliau miliki ialah Toyota Trueno Panda AE86.

Saya bergurau dengan beliau dan berkata yang saya teringin nak rasa macam mana feeling naik kereta Trueno Panda AE86. Setengah jam lepas tu, beliau ambil kereta tersebut dan tukar tayar. Cuba teka apa yang berlaku selepas tu?

Beliau bawa saya dengan kereta yang saya sebut tadi ke kawasan pergunungan (dah lupa nama kawasan pergunungan tu) dan membuat Drift disetiap selekoh yang ada di jalan berbukit tersebut.

Seumur hidup saya tak pernah saya naik kereta sambil dipandu secara drift. Seakan-akan berada di animasi ‘Initial D’, setiap saat saya beristigfar dan mengucap di dalam hati sebab perasaan takut membelenggu diri ini ketika beliau memandu kereta tersebut.

Alhamdulilah, saya masih hidup lagi (huhuhuuuu). Menyesal pulak suruh dia bawa kereta tu. Tapi satu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Wow! Terbaik cara pemanduan dan kawalan beliau.

Jangan tertipu dengan muka skema dan kaca mata beliau, nampak macam budak kelas sains tapi bila dapat steering kereta, beliau seolah-olah menjadi seperti “Takumi”.

pengalaman-di-jepun-1

Terus terang saya katakan, road racer Jepun lebih beradap di atas jalan raya berbanding samseng jalanan di Malaysia yang perasan macam racer (walaupun kedua-duanya dikategorikan sebagai pelumba haram).

Sekurang-kurangnya road racer kat Jepun ni tak berlumba waktu orang ramai menggunakan jalan raya. Mereka pun takut bila tengok video road racer Malaysia. Mereka kata “yang ni Kamekaze, bukan road racer”. Hahahaaaa. Saya hanya boleh gelak je lah bila dia kata macam tu.

Saya tak pernah kenal mana-mana road racer di Malaysia tetapi cara Allah aturkan untuk saya bertemu dan menjalani pengalaman dengan beliau sebagai ‘penyelamat’ saya dan road racer Japanese  tidak akan saya lupa sehingga akhir hayat. Beliau sempat berkata yang beliau akan cuba lawat saya di Malaysia pada masa akan datang.

Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau dan pelihara tali persahabatan kami berdua. InsyaAllah.

Baca Pengalaman Bagaimana Saya Dapat Travel Ke Luar Negara Melalui Jalan ‘Sukarelawan’