Pada hari minggu baru-baru ini, Sofyank telah berkongsi video behind-the-scenes dan video promosi filem Netflix yang dibuat bersama-sama dengan pelakon terkenal Hollywood, Ryan Reynolds.

Video tersebut telah mendapat lebih 3 juta tontonan di TikTok @Sofyank96, 1.2 juta tontonan di Twitter dan 33,000 saluran di Youtube. Rata-rata warganet memuji video promosi yang dihasilkannya itu sudah boleh diiktiraf menghampiri level antarabangsa.

Paling menarik sekali apabila Ryan Reynolds sendiri turut berkongsi semula ciapan video yang dikongsikan oleh Sofyank. Menurut watak utama filem Netflix ‘The Adam Project’, hasil video kolaborasi tersebut sangat ‘luar biasa’ walaupun sesi pertemuan antara beliau dengan Sofyank cuma berlangsung selama 4 minit melalui aplikasi ‘Zoom’ sahaja.

Ramai ‘meminta’ Ryan Reynolds menawarkan peluang yang lebih besar kepada Sofyank untuk mengembangkan bakatnya di Holywood. Ada juga berseloroh menyarankan pelakon utama Deadpool itu untuk merekrut Sofyank sebagai ahli baharu ‘X-Force’ dalam filem yang akan datang.

Bagi yang masih tidak tahu mengenai filem pengembaraan fiksyen-sains ‘The Adam Project’ itu, ia mengisarkan juruterbang pejuang pengembaraan masa, Adam Reed dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang bekerjasama dengan dirinya yang berusia 12 tahun dalam misi menyelamatkan masa depan.

Dalam satu hantaran Instagram Ryan Reynolds, ‘The Adam Project’ telah memecah rekod sebagai filem keempat yang paling banyak ditonton dalam sejarah Neflix dengan jumlah tontonan sebanyak 233.15 juta jam. Jadi anda tidak boleh melepaskan peluang untuk menonton filem tersebut.

Sambil itu anda boleh lihat lagi maklum balas positif yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna Twitter yang lain dari dalam mahupun luar negara.

Klik pautan di bawah untuk tonton bagaimana Sofyank dan Ryan Reynolds membuat pengambaran melalui ‘Zoom Meeting’ sahaja untuk menjayakan video kolaborasi mereka.

Tonton Sofyank Dan Ryan Reynolds Buat Penggambaran Secara ‘Zoom Meeting’ Untuk Video Promosi Netflix

 

Tonton John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Sofyank

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Sumber