Malaysia Heritage Studios di Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh Melaka yang membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM20 juta telah dibuka secara berperingkat kepada pengunjung.

Sebanyak 13 rumah mewakili negeri di Malaysia di Taman Mini Malaysia itu dinaik taraf mengikut tema atau elemen kebudayaan serta warisan bagi negeri terlibat menggunakan pelbagai teknologi dan pendekatan baharu untuk menarik pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@

♬ –

Malaysia Heritage Studios ini diberi nafas baru dimana membolehkan pengunjung menghayati atau merasai perasaan berada di sekitar sesuatu kawasan dengan lebih seronok kerana berbentuk ‘immersive’ dan interaktif.

Selain itu, pengunjung juga dapat lihat karakter atau makhluk lagenda Malaysia seperti Sang Kelembai, mawas, Gajah Mina, semberani, naga Tasik Chini yang menggunakan teknologi animatronik bagi menggerakkan setiap monumen gergasi tersebut di tengah-tengah kawasan berkenaan.

@aktamillzz

I came to this place for take pictures at the Malaysia Heritage Studios globe.This place formerly know as Mini Malaysia & Asean Cultural Park Ayer Keroh. It really looks interesting and excited when you see this new place to visit. For now this place is not fully open. There are still some maintenance work on goin. This place operates from 9am to 6pm everyday. Tag this video with your friends and family #aktamillzz #malacca #travelmelaka #orangmelaka #minimalaysia #malaysiaheritagebuilding #malaysiaheritagestudios

♬ SWIPE – ALYPH

@dak_apai

Tarikan “diperbaharui” di Melaka. Baru buka 4 hari lepas dan belum 100% siap. Tak sempat tengok show tadi. Tapi good effort. Masih banyak boleh improve, jom support orang Melaka. #ayerkeroh #melakaattraction #malaysiaheritagestudios #homestaymelaka #minimalaysia #fypmalaysia

♬ original sound – 7fairus – dak_apai

Lebih menarik, para pengunjung juga dapat melihat secara dekat karakter hidup’ yang membawa perwatakan Cik Siti Wan Kembang, Puteri Gunung Ledang, Mat Kilau, Hang Tuah, Hang Jebat dan Rentap.

Harga tiket masuk ke Melaka Heritage Studios dalam tempoh prapelancaran adalah RM28 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Manakala harga asal bagi dewasa adalah RM45, warga emas dan kanak-kanak berharga RM35 dan orang kurang upaya pula berharga RM30.

Untuk pengetahuan anda, prapelancaran pembukaan Malaysia Heritage Studios yang telah bermula semalam hingga 31 Disember depan, hanya dua rumah dibuka kepada pengunjung untuk bergambar di dalam premis berkenaan iaitu Rumah Kedah dan Rumah Sabah.