Selain menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat, ramai orang lebih memilih menggunakan pengangkutan udara seperti kapal terbang untuk ke destinasi pilihan.
Terbaharu, penumpang penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Sabah telah meluahkan kekecewaan mereka apabila dibiarkan kepanasan dalam kapal terbang disebabkan penghawa dingin rosak.
— * (@anthraxxx781) May 8, 2022

Menerusi video yang dikongsi kembali oleh pengguna Twitter @anthraxxx781, dapat dilihat para penumpang kepanasan dibiarkan dalam kapal terbang selama sejam dan anak-anak kecil juga menangis kerana tidak tahan.
Difahamkan, selain daripada dibiarkan kepanasan, penerbangan juga telah delayed selama 2 jam. Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kasihan kepada penumpang kerana dibiarkan berpanas dalam kapal terbang selama satu jam.
wehh kalau kereta boleh tahan lagi, bukak tingkap kena angin ke apaa… ni flight nak bukak tingkap nak ambik angin tengok2 kerajaan ayah pin lambaiπ« https://t.co/j8501xauq3
— eyonπ£ (@ainsth) May 8, 2022
Time aircond function pun rasa tak rasa aircond dia, ini kan pula betul betul takda aircond. Berkicap mat. https://t.co/cxE2pzZoUJ
— πππππ πΏππππ (@Syazwan_Raphiz) May 8, 2022
Airasia buat hal, MAS pun ikut sekali – so what options do customers have left lol https://t.co/0YlTYdcKf5
— ΛΛΛ εγ¨ε ΛΛΛ (@dxn_cyrllvs) May 9, 2022
Ni flight 3 member aku semalam. Bila ditanya kenapa aircond takda, dia cakap ada problem. Pastu announcement engine problem. Pastu dia steward bagitau dia cuba guna engine no 2. Member aku tanya, βEh mat kalau engine mati kat atas macam mana?β Dia jawab βkita tawakkal jeβ @MAS https://t.co/IvXnO8b7pS
— gesh (@ariefff___) May 9, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa kecewa dengan layanan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat penerbangan itu. Malah, rata-rata netizen juga tidak sangka hal seperti ini boleh terjadi.
Para netizen turut mengatakan ketika ini syarikat penerbangan telah menerima banyak permintaan dan masalah seperti ini tidak seharusnya terjadi. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Malaysia Airlines berhubung kejadian tersebut.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
‘Macam High School Musical Versi Malaysia’ – Video Muzik Raya Sekolah Ini Raih Perhatian Netizen