Cantik dan unik, itulah yang dapat digambarkan melihat senibina surau Langgar Rindu. Surau terletak di Kampung Rhu Tapai, Terengganu ini boleh dikunjungi para pelawat tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, struktur surau ini tampil unik kerana menggunakan kayu pokok tembusu terbuang serta kayu cengal berusia lebih 300 tahun. Abdul Karim Embong, pemilik rumah ibadah itu telah membinanya dengan keringat tulang empat keratnya dan ilham rekaan surau tercetus secara spontan tanpa pelan lakaran.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →
126119882_3732472110130286_7062578812565996302_o

Sumber: Ateh Sembang

126835004_3732472520130245_9031702415234077511_o

Sumber: Ateh Sembang

126836201_3732472343463596_8191851216595686382_o

Sumber: Ateh Sembang

Dapat dilihat struktur binaannya menggunakan kayu membawa ‘vibes’ klasik kepada pengunjung. Walaupun surau ini masih belum siap sepenuhnya disebabkan kekurangan dana tetapi sudah ramai yang mengunjunginya ketika bermusafir.

Tulisan jawi di surau ini turut diukir dan ditulis sendiri oleh Abdul Karim Embong tanpa menggunakan sebarang lakaran. Kreatif sungguh!

125464910_3732472330130264_2268852259103364866_o

Sumber: Ateh Sembang

126029060_3732472236796940_7640004435054728864_o

Sumber: Ateh Sembang

125940500_3732472310130266_4184673524827654208_o

Sumber: Ateh Sembang

Tahukah anda bahawa nama surau ini lain dari kebiasaan kerana menggunakan perkataan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dagang dalam kalangan etnik Bawean.

Abdul Karim memilih menamakan surau ini sebagai langgar yang bermaksud surau dan rindu sebagai simbolik kerinduan beribadah kepada Allah SWT seperti yang diajar Nabi Muhammad SAW.

Adakah anda pernah singgah ke Langgar Rindu ini? Buat anda yang belum berkunjung ke sini, mungkin selepas penularan wabak COVID-19 boleh singgah sebentar beribadah di sini.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan reka bentuk masjid Kampung Baru di Bentong pada pautan di bawah.

Lihat Reka Bentuk Masjid Kampung Baru Di Bentong Yang Moden Dan Minimalis

Lihat Masjid RM100 Juta Sri Sendayan Seremban Yang Diambil Dengan iPhone 11 Pro

Persis Masjidil Haram, Masjid Razaleigh Bakal Jadi Tarikan Terbaru Negeri Kelantan

Anda Mungkin Suka