Kes buli dalam kalangan kanak-kanak yang masih bersekolah sama ada di sekolah beraliran biasa atau agama bukanlah sesuatu yang baru di negara kita.

Saban tahun kita pasti akan mendengar kisah pelajar-pelajar ini dibuli dan dianayai oleh rakan-rakan pelajar mereka sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam, satu lagi kejadian yang tidak berperikemanusiaan ini berlaku apabila keluarga kepada seorang pelajar tahfiz di Tanjung Karang, Selangor mendakwa adiknya dibuli oleh pelajar senior.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook itu, abang mangsa, Azrul Fikri memberitahu adiknya kini terlantar di hospital selepas dipukul oleh penuntut lain.

Menceritakan mengenai perkara itu, adiknya Afiq dikatakan telah dipukul oleh lima hingga tujuh pelajar senior sebelum diangkat dan dihempas ke lantai.

“Ketika badannya (Afiq) mulai lemah, mereka mengangkat Afiq dan hempas ke lantai,” kongsi Azrul.

Berpunca daripada kejadian itu juga, Azrul menjelaskan adiknya mengalami kecederaan yang teruk pada hati dan limpa.

“[…] telah mengakibatkan organ hati nya cedera serta organ limpa hancur.

“Ketika di zon merah, doktor memberitahu kemungkinan organ limpa akan dibuang dan akan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak akan berfungsi,” jelasnya.

Tambah menyedihkan, kejadian itu menurut abangnya berlaku ketika hari jadi Afiq iaitu pada 11 Mac semalam.

Pihak keluarganya cuba mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak pengurusan tahfiz namun hampa setelah dimaklumkan kamera litar pintas milik mereka tidak berfungsi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Harian Metro.

Tahukah anda pelajar tahfiz bukan saja cemerlang dalam pendidikan agama tetapi juga cemerlang dalam pencapaian akademik? Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pelajar Sekolah Tahfiz Dari Sarawak Juara Kejohanan Matematik Dunia

Benarkah Drama ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ Burukkan Institusi Tahfiz?

Lelaki Ini Gunakan Rezeki Sebagai Penunggang Go-Jek Untuk Membangunkan Pusat Tahfiz