Sebelum ini, seorang gadis yang berkongsi kegembiraannya menerima hadiah sebuah beg berjenama Charles & Keith daripada ayahnya telah dibuli segelintir netizen kerana dia mengatakan ia adalah beg mewah pertamanya.

Susulan itu, dia sebak menjelaskan bahawa keluarganya bukan orang yang senang dan harus membanting tulang untuk mendapatkan sesuatu, maka sebuah beg tangan yang berharga S$80 (RM262) amat bermakna baginya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@zohtaco

Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.

♬ original sound – zoe 🦋 – zoe 🦋

Luahan perasaan gadis tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya serta bersimpati kerana perlu berdepan dengan komen seperti itu.

Terbaharu, pihak Charles & Keith akui bahawa mereka ada menonton video luahan Zoe itu dan gadis tersebut, Zoey bersama ayahnya telah diundang ke HQ Charles & Keith.

“Pengasas kami percaya bahawa produk kami harus mencetuskan kegembiraan, memperkasakan pencinta fesyen dan memberi keyakinan kepada mereka, kami amat berterima kasih.” ujar pihak Charles & Keith.

Selain berkunjung ke HQ, Zoey dan ayahnya juga meluangkan masa untuk makan tengahari bersama pengasas jenama tersebut.