Perkahwinan merupakan satu ikatan suci untuk menghalalkan satu perhubungan dan hidup bahagia bersama orang tersayang.

Terbaharu, seorang lelaki dikenali sebagai Najbullah di kawasan penduduk miskin di pinggir Herat, bandar di barat Afghanistan sanggup menjual buah pinggang demi melangsaikan hutang perkahwinan.

Difahamkan, lelaki perlu menyediakan sejumlah wang untuk mengahwini pasangan dan jika gagal melunaskan bayaran itu boleh menyebabkan si suami dibunuh menurut adat tempatan.

Menurut laporan, organ badannya dijual dengan harga AS$3,875 (~RM15,700). Beliau yang memiliki hutang terpaksa menjual buah pinggangnya kerana tiada pilihan dan bimbang akan keselamatan keluarganya.

Screenshot 2021-03-02 at 10.00.59 AM
Sumber: The Telegraph

Malah, buah pinggang itu dijual kepada hospital tempatan yang sering menjalankan pembedahan pemindahan organ berkenaan namun setelah pembedahan, beliau sudah tidak mampu untuk bekerja serta masih hidup berhutang.

Bukan itu sahaja, tidak kurang daripada 32 individu daripada 150 keluarga mempunyai kesan luka pembedahan kerana menjual buah pinggang di Herat. Malah, ada sekumpulan lelaki turut memiliki kesan luka pembedahan dengan kesan parut sepanjang 30 sentimeter di perut mereka.

Kebanyakan rakyat Afghanistan yang menjual buah pinggang adalah mangsa perang yang bekerja sebagai buruh. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Jadi Bahan Membawang Netizen ‘Mat Salleh’, Wak Doyok Kekal Tenang Terima Kritikan

Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

Disangka Tipu Berat Timbangan, Pembeli Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Baja Berpendidikan PhD