Menghantar anak-anak ke pusat latihan seni bela diri merupakan salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan rohani dan jasmani mereka. Dalam pada itu, pemilihan pusat latihan seni bela diri juga penting. Bukan apa, takut tersalah pilih berkemungkinan salah pula cara guru yang mengajarnya dan boleh merisikokan nyawa anak-anak.

Baru-baru ini di Taiwan, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dilaporkan koma selepas 27 kali dicampak oleh jurulatih serta dua orang budak lelaki semasa berlatih seni bela diri Judo di studio, memetik laporan World Of Buzz.

Difahamkan, kanak-kanak yang bernama Huang itu pada awalnya dilaporkan kurang sihat. Lantaran itu, bapa saudara Huang meminta jurulatih Judo (berusia 68 tahun) supaya tidak ‘mendera’ Huang semasa berlatih Judo. Katanya, jurulatih tidak peduli mengenai kesihatan Huang dan dia disuruh berlatih seperti biasa.

Huang kemudiannya tidak diajar untuk mempelajari teknik pergerakan Judo, sebaliknya jurulatih tersebut menjadikan tubuhnya sebagai ‘alat’ untuk membolehkan dua pelajar senior mempelajari teknik menjatuhkan musuh ke lantai gelanggang.

Badan Huang diangkat dan dihempaskan ke lantai oleh dua pelajar senior itu tanpa belas kasihan. Huang tidak tahan menanggung derita setelah lutut dan kepalanya kesakitan. Dia merayu supaya pelajar senior itu menghentikan latihan tersebut.

Malangnya, rayuan Huang itu diendahkan malah dia dipaksa jurulatihnya untuk berdiri semula. Jika Huang berdegil, jurulatihnya pula yang akan menghempaskan badan Huang ke lantai.

Latihan itu terpaksa teruskan dan Huang dihempas dan dicampak 20 kali oleh pelajar senior manakala dalam proses pembelajaran teknik itu, Huang turut dicampak 7 kali oleh jurulatihnya.

Setelah dicampak sebanyak 27 kali, jurulatih itu mula perasan yang Huang sudah pengsan, mukanya pucat dan matanya memandang ke atas. Jurulatih meletakkan Huang di sisi pak ciknya yang duduk di tepi gelanggang. Apabila ditanya mengapa Huang pengsan, jurulatih itu berkata Huang hanya berpura-pura pengsan.

Rasa tidak sedap hati, pak cik Huang menelefon ambulans dan kanak-kanak malang itu dikejarkan ke hospital yang berdekatan. Setibanya di hospital, Huang terpaksa menjalani satu pembedahan kecil. Pembedahan itu berjaya namun Huang dilaporkan dalam keadaan koma dan kini dia masih berada di ruang ICU.

Kenali seni bela diri Jiu-Jitsu yang seakan-akan Judo menerusi pautan di bawah.

Kenali Seni Bela Diri ‘Jiu-Jitsu’ Dan Siapa Yang Patut Mempelajarinya

2 Anak Perempuan Kecil Berlawan Judo Dengan Sangat Comel

Dakwa ‘Perisai Halimunan’ Kebal, Guru Ini Tewas Dengan Tumbukan YouTuber Indonesia

Sumber