Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat automotif Malaysia pada minggu ini telah dikejutkan dengan kehilangan sebuah jentera Japan Domestic Market (JDM) iaitu Nissan 180SX. Lebih menjadi perhatian ramai, model tersebut bukan sahaja rare dalam pasaran tempatan malah negara luar.

Dalam pada itu, malang tidak berbau buat pemilik kereta ini iaitu Louis Lai apabila beliau memaklumkan menerusi laman media sosial di mana kereta Nissan 180SX milik beliau dengan nombor plet WCP 211 ini dilaporkan telah dicuri di Kepong.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menerusi perkongsian, kereta berkenaan dikatakan menuju ke Kelantan di mana beliau yang pada mulanya sedia menawarkan ganjaran RM10,000 buat individu yang menjumpainya telah menaikkan ganjaran kepada RM20,000.

Siapa sangka, pencarian peminat automotif selama berhari-hari akhirnya menemui kereta berkenaan namun dengan keadaan yang amat menyedihkan di mana kereta berkenaan didakwa dibakar sehingga rentung.

Insiden yang berlaku bukan sahaja memberi kesedihan kepada pemilik kereta berkenaan malah seluruh peminat automotif berikutan model kereta berkenaan yang rare serta sukar untuk didapatkan di pasaran. Malah, terdapat netizen yang berpendapat pencuri kereta Nissan 180SX tersebut membakar kereta berkenaan selepas gagal untuk membawa lari.

Sumber: Todak motorsport

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja mampu memberi kerugian serta kesedihan kepada pemilik malah mampu membuatkan para peminat JDM membatalkan hasrat dalam mendapatkan atau menyimpan model kereta yang rare.

Tular pada minggu ini apabila seorang penjual motosikal Yamaha 125zr beliau dengan harga mencecah RM95,000 kerana didakwa rare menerusi jumlah keluarannya yang cuma 5,000 unit.

‘Simpan Tak Rugi Jual Tak Kaya’, Yamaha 125zr Ini Diiklankan Dengan Harga Mencecah RM95,000

Brek Angin Lori ‘Bermasalah’ Didakwa Jadi Punca Kereta Mewah Rolls-Royce Tersepit