Sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan memaklumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri sekiranya dilantik.

Hasratnya tercapai apabila pada 24 November lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Walau bagaimanapun, perlantikan Menteri Kewangan yang juga beliau sendiri sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, terdapat netizen yang mendakwa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri namun mungkin mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

Tampil jelas perkara sebenar

Menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan perkara sebenar di mana memegang dua portfolio tersebut hanya akan menerima satu gaji sahaja. Dalam erti kata lain, beliau tidak akan menerima gaji bagi kedua-dua portfolio tersebut.

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan sehingga keadaan ekonomi pulih.

Pihak kerajaan juga tidak lagi membenarkan pembolotan kekayaan tokoh politik terhadap pesawah yang turut melibatkan ahli politik terkenal. Selain itu, kerajaan juga komited untuk mengurangkan cabutan khas perjudian kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Diharap inisiatif yang dilakukan sekaligus bakal membawa ekonomi Malaysia kepada tahap yang lebih baik sekaligus memastikan kebajikan rakyat terjaga dan sejahtera.