Semalam, sebuah helikopter milik syarikat swasta dari Kuala Lumpur telah mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus ‘nasi ganja’ mencuri tumpuan ramai.

Lantaran itu, tular di aplikasi WhatsApp yang memaparkan gambar Tengku Zafrul sedang menikmati Nasi Vanggey Ipoh ketika makan tengahari. Perkongsian tersebut disahkan palsu oleh Tengku Zafrul.

Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama…

Posted by Tengku Zafrul on Friday, July 23, 2021

Menurutnya, mesej yang dimajukan berulang kali di WhatsApp tidak benar kerana ia merupakan perkongsiannya pada Disember 2020 bukanlah baru-baru ini. Beliau berasa lucu kerana ada yang menyunting tarikh pada gambar tersebut.

Tambahnya, sudah lama tidak menikmati nasi ganja dan jika mahu membuat pesanan, maka baik beliau menggunakan perkhidmatan penghantaran yang boleh membantu usahawan kecil.

Bagi anda yang terlepas berita beli nasi ganja guna helikopter semalam, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tidak Guna Jalan Darat, Pembeli Hantar Helikopter Ambil 36 Bungkus ‘Nasi Ganja’ Di Ipoh

Pelanggan Terkejut ‘Abang GrabFood’ Hantar Makanan Naik McLaren 720S

Anda Mungkin Suka