Semalam tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

“Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaharudin, suspek telah ditahan pihak polis dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar bagi menerima rawatan kerana dipercayai mengalami masalah mental.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sewenang-wenangnya sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Baca lagi artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Pandu Proton X50 Pelanggan 180km/j, Sales Advisor Kemalangan Dan Kereta ‘Total Lost’

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

‘Kantoi’ Berjimak Dalam Kereta, Pemandu Alza Ini Nekad Larikan Diri Sambil Heret Polis