Pada hari semalam tular satu rakaman dashcam seorang gadis ‘terkeluar’ daripada Myvi semasa kereta tersebut masih bergerak ketika mahu mengambil selekoh kanan jalan di sekitar kawasan UNISEL Seksyen 7, Shah Alam.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang itu menunjukkan sebuah Myvi secara tiba-tiba membuka lampu hazard apabila menghampiri lampu isyarat, lalu pintu kiri Myvi itu terbuka lalu seorang gadis secara tiba-tiba ‘terkeluar’ daripada kereta yang masih sedang bergerak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan pemandu berserta penumpang yang merakam video ini sangat terkejut sehingga bertukar loghat Terengganu selepas melihat kejadian terjadi di hadapan mereka.

Video ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada di antara pemandu Myvi dan gadis tersebut. Pada masa yang sama para netizen mengecam tindakan pemandu dan penumpang Myvi itu kerana ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Jika gadis itu terjatuh di tengah jalan sedikit, sudah pasti dia akan tercedera dilanggar oleh kenderaan yang sedang lalu bersebelahan Myvi tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Setelah terjatuh di atas jalan raya, dashcam belakang menunjukkan gadis itu melintas menuju ke seberang jalan begitu sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ketika artikel ini ditulis, video rakaman kejadian tersebut masih ‘hangat’ dikongsikan orang ramai dan menjadi bualan sesama netizen.

Kemas kini 4 Oktober, 5.56 petang: Seorang lelaki yang mendakwa dia sepupu rapat kepada gadis itu menyatakan gadis itu dan rakan sekerjanya dalam perjalanan untuk membeli barang, tiba-tiba  gadis tersebut terkena gangguan mengejut serta menjerit sebelum bertindak terjun keluar daripada kereta tersebut.

Tambah lelaki itu lagi, walaupun panik pemandu Myvi meletakkan kenderaan di tepi jalan untuk menenangkan dan merawat gadis tersebut sehingga pulih.

Di Kelantan pula, seorang penunggang motosikal rempuh Myvi secara tiba-tiba cetus tanda tanya orang ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Terkesima Lihat Penunggang Motosikal Rempuh Myvi Secara Tiba-Tiba

Netizen Puji Cara Doktor Gigi Sekolahkan Pemandu Myvi Buang Sampah Dari Tingkap Kereta

Sumber