Kecoh baru-baru ini apabila tular sebuah berita yang memaklumkan wang nafkah RM6,000 sebulan diberikan ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin kepada bekas isterinya Emilia Hanafi untuk tiga anak mereka tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan.

Difahamkan bekas isterinya terpaksa menanggung ketiga-tiga anaknya yang berusia 10,12 dan 17 tahun manakala SM Faisal didakwa tidak menyediakan tempat tinggal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: instagram emiliahanafi

Keadaan yang mendesak telah memaksa Emilia Hanafi untuk menjual kerepek, roti jala, pulut kuning, rendang daging, jeli dan kek bagi menampung kehidupan serta perbelanjaan hantar dan ambil daripada sekolah.

Perkongsian yang dibuat secara tidak langsung telah mendapat perhatian ramai sekaligus membuatkan mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan SM Faisal.

Terbaharu, SM Faisal menerusi laman Instagram rasmi beliau pada hari ini telah mendedahkan beliau telah menghadiahkan ketiga-tiga anaknya dengan pelbagai gadget daripada Apple memandangkan anak-anaknya sudah memasuki peringkat remaja.

Menerusi hadiah yang dikongsikan, dapat dilihat setiap anak sedia menerima Apple iPhone 14 Pro, iPad, Apple Watch dan juga beberapa aksesori lain termasuk iPad Magic Keybaord.

Hadiah yang dikongsikan menerusi laman rasmi Instagram selepas kali terakhir membuat perkongsian pada tahun 2020 dilihat sebagai jawapan balas SM Faisal yang menafikan beliau culas dalam memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.

Sumber