Baru-baru ini, muncul dakwaan Lotus’s Value Chicken Nugget yang dijual oleh pasar raya Lotus’s berkulat dan tidak berkualiti. Oleh itu, pihak Lotus’s tampil memberikan kenyataan di Facebook.

Menurut pihak Lotus’s, produk makanan segera tersebut ditarik balik penjualannya buat sementara waktu dari semua pasar raya Lotus’s seluruh negara untuk menangani masalah itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, pihak Lotus’s turut memohon maaf kepada semua pelanggan yang telah membeli produk itu dan mengucapkan terima kasih kerana telah memaklumkan isu ini kepada pihak mereka.

Oleh itu, pihak Lotus’s meminta pelanggan yang baru membeli Lotus’s Value Chicken Nugget untuk memulangkan kembali pek tersebut bersama resit pembelian di mana-mana cawangan Lotus’s terdekat.

Bukan itu sahaja, para pelanggan masih akan menerima wang ganti rugi walaupun tiada resit produk tersebut. Malah, jaminan kualiti dan keselamatan semua produk jenama Lotus’s menjadi keutamaan syarikat.

Pihak Lotus’s juga sentiasa memastikan pembekal makanan di premisnya mematuhi garis panduan ditetapkan Program Jaminan Kualiti dan Sistem Keselamatan Makanan HACCP.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring

‘Bimbang Makan Tuan’- Netizen Terkejut Keluarga Ini Bela Ular Sawa Bersaiz Gergasi

Farm Fresh Bhd Lakar Sejarah Berjaya Tersenarai Bursa Malaysia Bermula Hari Ini