Umum mengetahui, pasangan selebriti media sosial iaitu Ryzal dan Maryam baru sahaja menimang puteri sulung mereka Oktober lalu yang diberikan nama Rina hasil gabungan nama Ryzal dan nama Maryam sebelum memeluk Islam (Narae).

Terbaharu, Ryzal telah meluahkan kekecewaannya di Instastory selepas seorang individu meminta dia membuat ujian DNA disebabkan wajah Rina dikatakan tidak sama langsung dengan dirinya.

Lalu, Ryzal menegaskan tiada sebab untuk dia membuat ujian DNA kerana dia tahu Rina adalah anaknya. Lantaran itu, Ryzal berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang memandangkan mungkin kurang berkesan jika perkara itu dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Malah, individu tersebut turut dilihat cuba melarikan diri dengan menukar username selepas Ryzal mahu melibatkan peguam. Tambahnya, kenyataan netizen terbabit adalah fitnah dan Ryzal memaklumkan telah berjaya menjejaki lokasi individu berkenaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Dulu Hype Sekarang Terbengkalai’- Netizen Kecewa Lihat Keadaan Terkini Bandar Agacia Di Perak

Bantu ‘Stranger’ Ikat Tali Leher, Layanan Persis Anak Sendiri Bikin Netizen Terharu

Netizen Indonesia Dakwa Jumpa Kubur Upin & Ipin, Ini Respon Pengasas Les’ Copaque