Sejak semalam, isu rumah tangga influencer dan usahawan View Chin menjadi bualan ramai apabila isterinya, Shermine mendedahkan View Chin curang bersama stafnya yang telah dianggap keluarga, Mira.

Pendedahan panas itu telah dilakukan Shermine di Facebook miliknya dan juga beberapa bukti telah disertakan seperti tangkapan perbualan di Whatsapp dan banyak lagi bukti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, View Chin dilihat masih belum mengeluarkan kenyataan balas tetapi tangkap layar perbualan seorang individu yang prihatin dengan isu ini telah menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, individu terbabit telah bertanya kepada View Chin di Instagram mengenai kes terbabit. Menerusi tangkap layar tersebut, View Chin mengatakan konflik dengan Shermine mula tercetus apabila melibatkan hak penjagaan anak-anak mereka.

@spillingyourtea

View Chin mengaku t*mpar isteri. Kredit @haikalazhae #tiktokmalaysia #influencermalaysia #viraltiktok #viewchincurang #amirahaqilah #viewchintiktoklive

♬ original sound – Zaty Danny – | zatydanny |

Akan tetapi, dia tidak mengulas lanjut mengenai isu terbabit dan mengatakan bahawa dirinya dengan Shermine sudah pun bercerai pada tahun lalu serta akan menjelas segalanya dalam masa terdekat.

Sekadar makluman, Shermine mendedahkan bahawa View Chin dan Mira menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya dan juga ‘check-in’ hotel ketika dia dalam pantang serta terpaksa tandatangan surat cerai.