Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam sentiasa sesak dengan kenderaan dan ramai orang terutama sekali ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba.

Jakel merupakan antara kedai yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli-belah kelengkapan Hari Raya Aidilfitri. Baru-baru ini, Jakel terpalit dengan kontroversi apabila anak pemilik perniagaan Jakel didakwa menghina orang Melayu dan rata-rata pelanggan ingin memboikot perniagaan tersebut.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Terbaharu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memuat naik beberapa keping gambar merobohkan khemah milik Jakel yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam itu sebentar tadi.

#weloveshahalam#StaySafeStayHomeSekitar operasi perobohan struktur khemah tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di…

Posted by Majlis Bandaraya Shah Alam on Tuesday, 12 May 2020

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam, khemah tersebut telah didirikan tanpa kebenaran dan operasi merobohkan struktur khemah tersebut telah dilakukan oleh kakitangan MBSA.

Difahamkan, khemah tersebut didapati menggunakan bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB dan perkara ini boleh mengundang bahaya.

Tiada pengumuman rasmi daripada pihak Jakel berhubung isu mendirikan khemah tanpa kebenaran tersebut. Bagi anda yang tinggal berdekatan, pastinya sudah lama melihat khemah tersebut lama didirikan.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui akan isu berkaitan dengan Jakel.

Muzaffar Jakel Mohon Maaf, Jelaskan Hantaran Di Media Sosial Dimanipulasi

Dibenarkan Beroperasi Bermula 4 Mei, Netizen Risau Wujudnya ‘Kluster Jakel’

Marah Dengan Gedung Kain Terkenal, Netizen Seru Beli Koleksi Baju Ebit Lew Tunjuk Kuasa Pembeli

Anda Mungkin Suka