Adakah anda ingat siapa pelakon Shaolin Soccer yang menjadi penjaga gol gantian yang membantu pasukan Shaolin Soccer menang dalam perlawanan akhir? Sebelum ini, Zhao Wei yang merupakan seorang pelakon terkenal di China dan juga billionaire didakwa telah ‘menghilangkan diri’.

Menurut laporan, semua maklumat mengenai Zhao Wei telah ‘dilupuskan’ oleh pihak kerajaan China dimana namanya telah ‘digam’ oleh kerajaan China di semua platform. Selain dibuang dari carian Weibo dan media sosial di China, Zhao Wei turut diharamkan dari muncul di kaca TV.

Zhao Wei mendapat perhatian para peminat dan rata-rata peminat bimbang dengan keselamatan pelakon itu sebaik sahaja dikatakan hilang secara tiba-tiba di hadapan media dan juga di khalayak.

Menurut beberapa laporan, kerajaan China dikatakan tidak berpuas hati dengan Zhao Wei kerana tidak bersikap patriotik dan dikatakan seringkali terlalu bersikap terbuka tentang pandangan politiknya serta dianggap tidak menjaga sensitiviti politik China.

Selepas lama menghilang, nama Zhao Wei trending di Weibo dimana melihatnya di Wuhu sekaligus menafikan Zhao Wei sudah lari ke Perancis. Bukan itu sahaja, Weibo milik pelakon terkenal itu turut didakwa telah ‘unmuted’ tetapi topik hangatnya masih lagi dipadam.

Kemunculannya di media sosial melegakan ramai pihak terutama sekali peminat Zhao Wei. Namun, berdasarkan beberapa laporan media, langkah China itu disifatkan sebagai tindakan keras dalam mengekang budaya peminat melebih-lebihkan selebriti selepas beberapa siri kontroversi melibatkan selebriti didedahkan.

Akan tetapi, agensi pengurusan Zhao Wei, Pulin Saisi menyatakan pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

Tahukah anda bahawa Ronny Chieng akui masih setia pada Malaysia walaupun sudah berjaya bintangi filem Marvel?

Berjaya Bintangi Filem Marvel Shang-Chi, Ronny Chieng Akui Masih Setia Pada Malaysia

Baru 90 Minit Dilancarkan, Muzik Video Solo Lisa Blackpink Raih Lebih 10 Juta Tontonan

Nafi Drama The Hotel Tiru K-Drama, Michael Ang Tepis Dakwaan Netizen

Sumber