Setiap kali menggunakan perkhidmatan awam, pastinya ramai yang mengharapkan perjalanan dapat berlangsung dengan sempurna tanpa sebarang masalah melibatkan pengangkutan atau gangguan daripada orang ramai.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini difahamkan terdapat seorang lelaki dirakam berkelakuan aneh sewaktu berada dalam bas menerusi perkogsian TikTok @penangkini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@penang_kini/video/7048501835807640858

Difahamkan lelaki ini mulai berkelakuan aneh seolah menjalankan sebuah tarian bermula daripada km 317 menghala ke Utara Malaysia. Walau bagaimanapun, keadaan lelaki ini kembali pulih selepas 15 minit bas berhenti di R&R Simpang Pulai.

Situasi yang berlaku bukan sahaja menakutkan penumpang bas berkenaan malah turut membuatkan para netizen seram. Berikut merupakan antara komen netizen mengenai kelakuan aneh lelaki ini.

Sumber: facebook penang kini
Sumber: facebook penang kini

Sementara itu, terdapat segelintir netizen yang memaklumkan Gua Tempurung sememangnya lokasi yang menyeramkan dan kerap ‘mengganggu’ orang ramai.

Setakat ini, masih belum diketahui punca sebenar yang berlaku terhadap lelaki ini. Mengetahui lelaki ini kembali sedar dalam tempoh yang singkat nyata melegakan orang ramai dan diharapkan situasi yang sama tidak lagi berulang.

Tular pada minggu ini apabila seorang kanak-kanak dilaporkan terpaksa jalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan paku yang terdapat pada Nasi Paku.

Angkara Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Kanak-Kanak Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan

Keselamatan Bas Dipertikai Kerana Bergerak Senget, Netizen Tampil Beri Penjelasan