Pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bakal mengemukakan saman terhadap seorang pelakon wanita berjumlah RM5 juta. Hal ini kerana pelakon wanita terbabit telah menuduhnya makan rasuah dan mengatakan dirinya ‘ditaja’ oleh abangnya, Azmin Ali.

Menurut laporan, pelakon wanita itu juga mengaitkan kemewahan yang dimilikinya itu berkait dengan Azmin Ali. Lantaran itu, Diva AA menegaskan pertuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar.

Ketika ini, Diva AA yang diwakili peguam, Ammajeet Singh dalam proses menghantar notis tuntutan kepada pelakon wanita tersebut. Tambahnya, jumlah tuntutan itu termasuk tuduhan pelakon wanita itu yang menuduhnya talam dua muka.

Bukan itu sahaja, tindakan juga akan diambil kepada individu-individu yang telah meninggalkan komen berhubung isu melibatkan Azmin Ali. Terdahulu, ‘perang’ tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaian seorang pelakon wanita di PPV untuk mengambil vaksin.

Sementara itu, Lan Pet Pet turut dikhabarkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna Twitter yang menuduhnya berurusan jual beli ‘barang’. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lan Pet Pet Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Selepas Dituduh Berurusan Jual Beli ‘Barang’

Rugi Lebih RM200 Juta, Scarlett Johansson Mahu Saman Disney Selepas Black Widow Ditayangkan Di Disney+

Saman RM1,500 Langgar SOP, Exco Perak Yakin Pelajar Matrikulasi Mampu Bayar Saman

Sumber