Rata-rata rakyat Malaysia mengamalkan langkah pencegahan dan kebersihan pada tahap maksima untuk memastikan diri tidak terkena jangkitan COVID-19. Malah, Perintah Kawalan Diperketatkan di beberapa kawasan di Johor dan Selangor pasti membimbangkan rakyat Malaysia ketika ini.

Topeng muka dan sarung tangan merupakan barang ‘panas’ ketika ini. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ramai orang membeli produk yang dikatakan boleh menghapuskan virus dan bakteria dalam jarak 1 meter daripada si pemakainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, orang ramai mula membeli produk kesihatan berbentuk tag yang dikenali sebagai Antah Wellness dan juga Shut Out selepas tular dikatakan orang kenamaan menggunakan produk tersebut.

Menurut hasil tinjauan kami, produk tersebut yang berharga RM59.90 telah habis terjual di Watson tetapi ada terjual di Shopee dengan harga yang sedikit mahal. Menerusi Hong Kong Free Press (HKFP), produk tersebut sebenarnya tidaklah berkesan seperti yang diberitahu kerana ia tidak boleh melindungi anda daripada virus.

Screenshot 2020-03-30 at 12.25.31 PM

91622344_3101848539849063_8238889219632660480_n

Dr Ariane Davison, ahli virologi dan imunologi menjelaskan kepada HKFP bahawa produk tersebut mengandungi klorin dioksida dan produk tersebut dipakai di leher tetapi hidung dan mulut merupakan kawasan yang boleh menyebabkan anda terkena jangkitan.

Tidak mungkin anda akan meletakkan tag tersebut pada wajah anda kerana ia mengandungi klorin dioksida dan akan menyebabkan kesukaran bernafas, mata sakit dan juga boleh mengakibatkan kulit terbakar.

Walaupun klorin dioksida boleh membunuh bakteria, tetapi kalau pakai sedemikian rupa ianya tidak efektif dan bakteria tidak dapat dihapuskan saat orang bersin atau batuk ke arah anda.

Anda nilaikan sendiri sama ada produk ini satu penipuan atau memang berkesan kerana difahamkan kebanyakan negara Asia sudah mengharamkan produk seperti ini.

Penting untuk anda amalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan terkena jangkitan COVID-19. Klik pautan di bawah untuk ketahui caranya.

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Hanya Bermodalkan RM11, Ini 2 Bahan Buat ‘Hand Sanitizer’ Secara DIY

Ini Cara Semak Dan Memohon Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai 1 April