Sebelum ini, Puteri Balqis telah membuat pendedahan menjadi mangsa gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh ahli keluarganya dalam satu sesi temu bual di saluran YouTube.

Pendedahan terbabit telah mengejutkan ramai pihak dan tindakan YouTuber yang menemu bual Balqis disifatkan sebagai suatu bentuk eksploitasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim berkata bahawa pihak yang menemu bual itu tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahkan berkenaan kerana tindakan yang dilakukan oleh bapa kandung pelakon berkenaan adalah satu jenayah.

Tambahnya, mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan ditetapkan dalam menemu bual kanak-kanak bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, beliau turut bimbang pendedahkan Balqis ini akan memberi kesan jangka panjang termasuk berasa malu serta kemurungan. Malah, sewajarnya Balqis mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad, tidak bersetuju dengan cara Puteri Balqis yang membuat pendedahan itu melalui YouTube kerana secara tidak langsung telah membuka aib sendiri.

Tambahnya, Puteri Balqis patut membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman pada masa akan datang.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pihak polis telah menerima laporan yang mendakwa remaja berusia 15 tahun itu diganggu secara seksual oleh bapanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sejak tahun 2013 hingga 2017 ketika mangsa berusia enam tahun ketika tinggal di kawasan daerah Subang Jaya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan kanak-kanak serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Simpati Dengan ‘Kisah Hidup’ Puteri Balqis, Netizen Mahu Pihak Berkuasa Segera Ambil Tindakan

Hanya Bawa Tangga, Pemuda Berani Menyamar Jadi Juruteknik Untuk Masuk Sneakerlah Secara Percuma