Sebelum ini, Awal Ashaari telah meluahkan perasaan tidak puas hati kepada syarikat kontraktor pengubahsuaian rumah di media sosial miliknya.

Menurut laporan, syarikat Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas dan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa perkongsian dan komen oleh Awal Ashaari telah memberi gambaran negatif terhadap syarikat tersebut lalu menyebabkan pihaknya kehilangan punca pendapatan.

Menurut peguam yang dilantik, Naz Carpentry telah memutuskan untuk saman kerana pihak Awal Ashaari tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini. Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari pada 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

Pihak Awal Ashaari diminta untuk melantik peguam dan membalas notis yang diberikan. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Rugi RM100,000 Dan Didakwa Memfitnah, Awal Ashaari Mahu Bersemuka Dengan Kontraktor

Bayaran Penuh Dibuat Tetapi Rumah Terbengkalai, Netizen Bongkar ‘Scam’ Syarikat Milik Artis Veteran

Disyaki ‘Scam’ Pengguna, Netizen Serang Laman Facebook Agoda

 

Sumber