Semalam, pihak Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa gambar sel penjara VIP yang tular di media sosial adalah palsu dan menerusi laporan, ia sebenarnya sel penjara di Switzerland.

Kecoh tentang isu keadaan di penjara, seorang pengguna TikTok @abangpejan telah berkongsi pengalamannya masuk ke penjara untuk sesi ‘shooting’ sebagai seorang pengamal media.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@faizalmurad7

Rasa mcm tak ada pulak terserempak Sel Penjara VIP kt Kajang.. hui hui hui #fyp #penjarakajang #shareforgood

♬ original sound – faizalmurad – Abangcrime

Menerusi perkongsiannya, keadaan sel penjara agak gelap dan dinding pemisah antara tempat tidur dengan bilik air hanyalah separuh dinding sahaja. Malah, para banduan juga bebas bergerak dalam penjara tapi dengan kawalan dan juga ada kantin untuk mereka makan.

Terdapat juga bengkel membuat roti, kraf dan sebagainya untuk para banduan bekerja mendapatkan wang. Malah, para banduan boleh menyambung pelajaran di peringkat tertinggi ketika dalam penjara kerana ada kelas-kelas yang ditawarkan kepada mereka.

Baca lagi: Ini penjelasan sama ada Najib terima layanan VIP atau tidak di penjara.

Perkongsian tersebut telah menjadi bualan orang ramai dan rata-rata netizen berterima kasih kepada lelaki itu kerana berkongsi pengalamannya ketika masuk ke dalam penjara.

Malah, ada juga netizen yang merupakan bekas pekerja di penjara mengesahkan situasi dalam penjara seperti perkongsian lelaki terbabit. Tidak hanya itu, segelintir netizen juga terkejut apabila mengetahui keadaan sebenar penjara seperti itu.

Sementara itu, tular gambar penjara lengkap perabot di media sosial didakwa penjara VIP di penjara Kajang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Tular Gambar Dikatakan Penjara VIP, Ia Sebenarnya Gambar Penjara Di Switzerland

Kisah Banduan Akhir Ke Tali Gantung Yang Pasti Buat Anda Insaf

Adakah Najib Dapat Layanan VIP Di Penjara Kajang? Ini Jawapannya