Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna TikTok mendakwa mee kari di sebuah restoran terkenal berstatus halal telah menggunakan daging babi dalam masakannya.

Lantaran itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyerbu sebuah restoran terkenal tersebut dan mengambil sampel daging tersebut untuk diperiksa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasil daripada analisa dan ujian makmal Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahawa hanya daging ayam ditemui dalam sampel daging tersebut dan tiada DNA babi ditemui.

Oleh itu, pihak restoran tersebut tidak melanggar undang-undang di bawah Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Pihak KPDNHEP turut akan melaksanakan pemantauan secara proaktif dan konsisten bagi memastikan semua pengusaha makanan akan patuh pada undang-undang.

Sebelum ini, berikutan isu yang tular itu pihak restoran mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut kerana mencemar nama baik restoran. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Nafi Guna Daging Babi Dalam Mee Kari, OLDTOWN Sedia Ambil Tindakan Buat Penuduh

Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari?