Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai dalam mencari makanan yang enak khususnya makanan ‘rare’. Perkara ini dikuatkan lagi sekiranya didapati sesebuah restoran ini disebut oleh orang ramai berikutan masakannya yang enak.
Dalam pada itu, lain jadinya pada kali ini menerusi sebuah perkongsian yang tular di Twitter Malaysia Most Virall di mana terdapat sebuah restoran yang menawarkan hidangan sup perut yang kurang bersih.

beli sup perut rm20. kononnya kedai tu ramai org kata sedap. jd kita pun terliur try lah beli bungkus nk makan kt rumah,time nk panaskan sup tu bau busuk. tgk2 ada 2 ketul perut bulat penuh taik call peniaga dia ckp tu lemak dlm perut, mcm lah kita ni x pandai beza lemak dgn taik pic.twitter.com/Rpi0Mssz2N
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 29, 2022
Berdasarkan perkongsian, difahamkan pelanggan ini telah memesan sup perut namun apa yang beliau dapati sewaktu mahu menjamah makanan tersebut adalah terdapatnya tahi pada bahagian perut.
Beliau kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak peniaga namun apa yang membuat beliau kecewa adalah respon peniaga berkenaan yang memaklumkan sup perut berkenaan bukanlah dipenuhi tahi sebaliknya hanyalah sekadar lemak.
Perkongsian pelanggan yang menerima sup perut beserta tahi ini nyata membuatkan para netizen berasa geli. Malah terdapat netizen yang memaklumkan sebolehnya mengelakkan diri daripada memakan organ dalaman haiwan agar situasi seperti ini dapat dielakkan.
Punya la fakap proses memasak kedai ni sampai perut pun tak cuci. Perut ni nak buat makan kena basuh dengan kapur dulu nak bagi hilang taik dalam tu, nak kena rebus dulu nak bagi hilang bau. Gila la banyak shortcut demi duit. https://t.co/PVflfyOklv
— ⓧⓟⓐⓐⓝⓧ (@paanoia) May 30, 2022
Sebab ni la aku tak makan perut lembu & organ-organ yang lain. Benda tahik lalu kot. 🤮 https://t.co/qokxoRq2Nr
— VIVA RONALDO! (@macaister) May 29, 2022
Ni la salah satu sebab kenapa aku tak suka makan dalaman haiwan. Geliii 🤮 https://t.co/c4L1C58G7P
— 🕊 (@fatnhdyh) May 30, 2022
Diharapkan agar isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan pelanggan kecewa, malah mampu mengundang kepada masalah kesihatan pelanggan dan juga masalah kepada bisnes peniaga berkenaan.
Sekitar minggu lalu, tular sebuah perkongsian di mana set nasi kandar yang disertakan dengan seketul ayam dan telur masin ini dicas RM32.65 berikutan kesilapan pengiraan.
‘Hanya Ayam Seketul Dan Telur Masin’ – Set Nasi Kandar Dicas Harga RM32.65 Didakwa Tersilap Kira
Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Panik Dan Jual Hidangan KFC Mencecah RM3.8 Juta