Spekulasi pendakwah terkenal, Ebit Liew hilang selepas melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Kini, Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai Ebit Liew yang difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air. Untuk pengetahuan anda, misi kemanusiaan tersebut dirancang oleh delegasi Ebit Liew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Pada Khamis yang lalu, Caprice telah berjaya menghubungi Ebit Liew yang berada di bumi Palestin. Menurutnya, Ebit Lew berada dalam keadaan keadaan baik dan mengharapkan doa semua.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Ebit Liew pada pautan di bawah ini.

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew

‘Tanah Ini Milik Kami’- Jawapan Influencer Israel Dalam Live Caprice Bikin Netizen Bengang

Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan

Sumber