Setiap tahun menjelang Hari Raya Aidilfitri, pasti ada sahaja lagu raya terbaru yang diperkenalkan dengan gaya yang lebih moden dalam usaha memenuhi halwa telinga pendengar. Tahun ini juga tidak terkecuali apabila dapat dilihat beberapa artis tempatan turut melancarkan lagu raya dengan gaya yang tersendiri.

Dalam pada itu, di sebalik pelancaran lagu raya, para netizen pada kali ini telah tertumpu dengan lagu raya terbaru Dato Seri Vida yang didakwa seolah sengaja mengundang kontroversi menerusi muzik video Muah Muah Raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=EHFSpAXzfGQ

Menerusi muzik video yang baru sahaja dilancarkan pada 29 April lalu, para netizen jelas terkejut dan kecewa dengan lagu raya yang dicemarkan dengan budaya yang tidak sepatutnya tersiar di muzik video berkenaan.

Penggunaan ‘drag queen’ sebagai penari dalam muzik video berkenaan bersama Dato Seri Vida turut membuatkan para mengundang persoalan netizen dalam mengaitkan muzik video ini dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tidak kurang juga yang membandingkan lagu raya zaman dahulu dengan lagu raya zaman kini.

Berikut merupakan respon netizen terhadap muzik video Muah Muah Raya yang dilancarkan Dato Seri Vida.

Sumber: youtube DATO SERI VIDA – MUAH MUAH RAYA
Sumber: youtube DATO SERI VIDA – MUAH MUAH RAYA
Sumber: youtube DATO SERI VIDA – MUAH MUAH RAYA

Rata-rata netizen turut mengharapkan agar Dato Seri Vida menghormati Hari Raya Aidilfitri serta mengharapkan beliau tidak lagi mencemarkannya dengan budaya yang bertentangan. Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana sekaligus mampu membawa imej yang salah mengenai sambutan Aidilfitri.

Minggu ini turut menyaksikan seorang YouTuber tempatan sanggup ditaja syarikat perjudian yang sekaligus mengundang persoalan buat para netizen.

‘Tak Selidik Dulu Ke?’ – Netizen Hairan Mengapa YouTuber Ini Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian

Mahu Elak Gangguan Penginapan Pelancong, Pulau Pinang Rancang Haramkan ‘Homestay’