Pada hari Ahad lalu, Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan menobatkan lagu Pelukan Angkasa sebagai juara.

Terbaharu, seramai tujuh individu termasuk penganjur majlis AJL 36 telah dikompaun RM7,000 oleh pihak polis kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof, berkata tujuh individu itu dikompaun RM1,000 seorang mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.

Tambahnya, pihak polis mengesan sekumpulan individu sedang berpelukan ketika majlis tersebut apabila gambar mereka dimuat naik sebuah portal berita. Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal dan semua individu berkaitan dipanggil bagi membantu siasatan kesalahan sebelum tawaran kompaun dikeluarkan.

Malah, Naazron turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memutuskan rantaian wabak Covid19.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pelanggaran SOP pada pautan di bawah ini.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

Layanan Dua Darjat, Pelajar Matrikulasi Langgar SOP Kena Saman Tanpa Siasatan RM1,500

Sumber