Sebelum ini, usahawan Mawar Karim didakwa cuba melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000 dan juga berdepan pengisytiharan bankrap selepas meminjam sejumlah wang berkenaan daripada seorang sahabatnya.

Menurut laporan, Mawar didakwa meminjam wang sahabatnya bagi tujuan modal perniagaan tetapi gagal menyelesaikan hutang dalam masa ditetapkan. Oleh itu, notis tuntutan bayaran telah dihantar kepada Mawar tetapi tiada jawapan.

Susulan isu tersebut, Mawar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dirinya difitnah oleh individu bergelar ‘S’. Tambahnya, ‘S’ cuba cari pasal dan membuat cerita buruk tentang dirinya seperti yang tular di media sosial.

“Wahai S, tak habis-habis lagi buat cerita fitnah pasal saya. Tahun lepas pasal SJR, cukup setahun pasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrupt pulak dah.” ujar Mawar

Malah, Mawar juga mengatakan tindakan ‘S’ ini hanya mahu memalukan namanya dan ini bukanlah kali pertama dirinya difitnah sedemikian rupa. Bukan itu sahaja, Mawar mengatakan orang ramai mengenali individu yang bergelar ‘S’ itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Buffet IKEA Kembali Sehingga 29 April, Ini Seleksi Menu Yang Tersedia Buat Para Pelanggan

Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian