Sebut sahaja jenama Honda, pasti orang ramai terbayangkan kisah-kisah ‘perangai’ pelik dan aneh pemandu-pemandu kereta jenama Jepun tersebut.Β  Sebelum ini seorang pengguna jalan raya berjaya menghentikan sebuah Honda City daripada mendapat tol percuma.

Pada pagi tadi pula seorang pengguna Plaza Tol Semenyih terkejut dan mendakwa sebuah Honda HR-V meluru laju mengikuti belakangnya kerana tidak mahu membayar tol di laluan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih memeranjatkan lagi apabila kita dapat lihat pemandu Honda tersebut nekad merempuh palang tol terbabit walaupun palang tersebut sudah mula turun untuk menutup laluan.

Video dashcam yang merakam kejadian terbabit pada pukul 9.00 pagi tadi telah menyebabkan orang ramai mengecam tindakan pemandu itu yang hampir-hampir melanggar kereta di hadapannya.

Kejadian seperti kerap kali berlaku dan terakam pada dashcam sejak-sejak hari ini. Tidak dapat dipastikan apa penyebab semakin ramai pengguna jalan raya semakin nekad untuk mengelak membayar tol saban hari.

Diharapkan agar pihak-pihak konsesi tol dapat tampil memberikan jalan penyelesaian serta keadilan buat pihak membayar tol dan pihak mengelak bayar tol.

Pada akhir bulan lalu, beberapa buah kenderaan berjaya menghentikan kereta dibelakang mereka daripada menggunakan tol secara percuma. Anda boleh lihat pada pautan-pautan di bawah.

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Wanita Ini Puas Dapat Halang Proton Waja Daripada Redah Tol Secara Percuma

Sumber