Setelah hampir dua tahun tiada acara sambutan tahun baharu diadakan ekoran penularan wabak COVID-19, pada akhir tahun ini kita dapat lihat orang ramai mengambil peluang keluar menuju ke pusat-pusat peranginan sekitar tanah air.

Terbaharu, tular satu video di TikTok menunjukkan sekumpulan pemuda ditahan oleh sepasukan polis sejurus kapal mereka naiki sampai di jeti pelabuhan. Setiap daripada mereka perlu menolak keluar motosikal masing-masing daripada kapal dan berbaris untuk pemeriksaan.

@nashrilrosli

Newyear langkawi đŸ¤£đŸ¤£đŸ¤£ semua kena tahan

♬ original sound – Nashril Rosli – Nashril Rosli

Menurut info dikongsikan oleh sumber kepada The Vocket, ‘geng motosikal’ ini berlepas menaiki kapal dari Kuala Perlis menuju ke jeti pelabuhan di Tanjung Lembung, Pulau Langkawi. Mereka dipercayai dalam perjalanan untuk bercuti dan pada masa sama mahu menyambut ‘acara tahun baharu’ di pulau bersejarah tersebut.

Hantaran video TikTok telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya tumpang simpati dengan kumpulan motosikal tersebut ditahan sejurus sampai di jeti perlabuhan.

Tambah orang ramai lagi, pasukan polis begitu cekap dengan membuat perancangan rapi sehingga tiada siapa boleh terlepas daripada pemeriksaan besar-besaran yang dilakukan di jeti pelabuhan tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @nashrilrosli
Sumber Gambar: TikTok @nashrilrosli
Sumber Gambar: TikTok @nashrilrosli
Sumber Gambar: TikTok @nashrilrosli

Info tambahan yang dikongsikan oleh sumber lagi, terdapat satu lagi kumpulan motosikal akan sampai di jeti pelabuhan di Tanjung Lembung pada lewat petang nanti.

Diharap agar semua urusan kumpulan-kumpulan motosikal semasa pemeriksaan polis ini di permudahkan dan mereka dapat menyambut tahun baharu mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jika anda tidak tahu, ‘Abang Viva Viral’ kini sudah membuka akaun TikTok rasmi untuk kemas kini aktiviti bantuan yang dilakukannya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kurang 24 Jam Buka Akaun TikTok, ‘Abang Viva Viral’ Raih Lebih 100,000 Pengikut

Didakwa Langgar Lampu Merah Untuk Kejar Trip, Rider Ini ‘Terbang’ Dilanggar Honda CR-V

Keselamatan Bas Dipertikai Kerana Bergerak Senget, Netizen Tampil Beri Penjelasan

Sumber