Selain hand sanitizer, sabun mandi atau sabun tangan juga menjadi salah satu barangan yang laris di musim penularan wabak COVID-19 ini.

Ini susulan daripada saranan pihak bertanggungjawab yang mengatakan mencuci tangan dengan sabun mampu untuk menghindari daripada jangkitan virus berbahaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dek kerana populariti sabun yang meningkat, ada juga pihak yang dilihat untuk cuba menangguk di air keruh ketika musim wabak yang melanda dunia seperti dilaporkan netizen di media sosial.

“Sabun 999 harga RM2 ni cuma dia tukar kotak je. Jual balik RM29.90.

“Pastu siapa beli? Yaaa, korang yang bahlol semua ni lah pegi beli. 2020 dah ni,” kata seorang netizen di Facebook.

Melalui kiriman tersebut, mereka mendedahkan terdapat syarikat tempatan yang cuba mengaut keuntungan dengan menjenamakan semula sabun yang pada asalnya dijual dengan harga RM2 sahaja.

Syarikat ini didakwa hanya menukar kotak sabun tersebut kepada kotak yang baharu dan menggunakan terma COVID-19 sebagai tarikan mereka.

Dakwa netizen lagi, sabun yang dijenamakan semula itu sebelum ini hanya dijual dengan harga RM2.

Semakan kami di laman e-dagang Lazada pula mendapati sabun yang didakwa dibungkus semula itu hanya dijual serendah RM2.30.

HARGA SABUN 999 DI LAZADA
HARGA SABUN 999 DI LAZADA

Bagaimanapun, setelah ia ditukar kotak pembungkusannya, ia dijual dengan harga asal sehingga RM29 sebuku.

Semakan kami di laman e-dagang itu bagaimanapun mendapati sabun itu kini menerima potongan harga dan dijual dengan harga diskaun RM9.90 untuk sebuku.

photo_2020-03-22_10-23-49

Fakta atau auta?

Menjual sabun mandi waima sabun tangan yang mampu membunuh bakteria adalah tidak salah. Malah ia adalah satu tindakan yang bagus memandangkan negara kita dan seluruh dunia dilanda wabak COVID-19.

Bagaimanapun, menjenamakan sabun dengan perkataan COVVID yang hampir sama dengan nama rasmi wabak berbahaya COVID-19 ini dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna terutamanya mereka yang mempunyai sumber terhad dalam isu berkaitan kesihatan.

photo_2020-03-22_10-43-09 photo_2020-03-22_10-43-07

Walaupun ada netizen yang berkongsi apa yang kelihatan seperti press release daripada pihak syarikat mengenai isu ini, namun semakan kami di laman sesawang dan Facebook mereka gagal untuk menemui penjelasan itu.

Menurut ‘press release’ itu, mereka mengakui sabun yang dijual adalah sabun ‘rebrand’ atau dijenamakan semula.

“Ya sabun ini adalah daripada kilang yang sama tetapi formulasi telah di ‘upgrade’ lebih baik,” tulis kenyataan tersebut.

Mengenai harga pula, pihak mereka memaklumkan tidak menjual dengan ‘harga sedemikian’ iaitu RM29 dan hanya dijual dengan harga RM7 untuk jualan runcit dan RM6 untuk jualan borong.

Bagaimanapun, seperti yang kami nyatakan terdahulu, semakan mendapati sabun ini dijual dengan harga RM9.90 seunit selepas diskaun.

Manakala harga asal yang diletakkan pula sebelum ‘dipotong’ adalah RM29.90 seunit.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai perkara ini. Adakah patut sabun ini dijenamakan dengan nama yang hampir sama dengan nama rasmi wabak yang sedang menular di seluruh dunia sekarang ini?

Atau mereka patut lebih bertanggungjawab dan bersama-sama mengelakkan kekeliruan terutama ketika tempoh kawalan pergerakan sedang dilakukan di negara kita?

Baca perkongsian kami mengenai situasi semasa COVID-19 di dalam dan luar negara ketika ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Minum Air Untuk Hapuskan COVID-19 Adalah Mitos – Dr Amalina

Penularan COVID-19 Membimbangkan, Australia Tutup Sempadan 6 Bulan Mulai Semalam

Sumber