Seperti ramai sedia maklum, penyakit strok sememangnya sebuah penyakit yang serius. Pesakit strok seringkali cuba mendapatkan rawatan dalam usaha untuk pulih semula daripada penyakit yang dialami.

Di sebalik pelbagai usaha yang ditawarkan pada ketika ini baik dari segi rawatan moden atau tradisional, tular sebuah video di TikTok @cikaufa3 baru-baru ini yang mendakwa sebuah rawatan yang dinamakan sebagai light therapy atau terapi lampu yang mampu memulihkan pesakit strok sepantas 2 jam rawatan sahaja.

@cikaufa3

♬ original sound – cikaufa – cikaufa

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat para pesakit sedang baring mendapatkan rawatan menerusi terapi lampu daripada sebuah pusat. Malah, ‘testimoni’ yang dikongsikan menjelaskan terdapat pesakit yang mampu pulih dalam tempoh yang singkat antara yang membuatkan ‘rawatan’ ini mendapat perhatian.

Sementara itu, perkongsian video terapi lampu daripada pusat ini nyata menerima pelbagai persoalan di kalangan netizen. Terdapat netizen yang mempersoalkan keberkesanan terapi lampu ini manakala terdapat netizen yang berpendapat tidak salah mencuba untuk sekadar ikhtiar. Berikut merupakan respon netizen terhadap terapi lampu ini.

Sumber: TikTok @cikaufa3
Sumber: TikTok @cikaufa3

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam memilih sesebuah rawatan agar tidak terjerumus kepada rawatan yang melibatkan scam serta menelan kos yang tinggi.

Minggu ini turut menyaksikan seorang netizen yang berkongsi keluarganya telah diambil kesempatan oleh seorang individu yang menjalani rawatan lampu biru yang didakwa mampu menyembuhkan kanser.

Ikuti juga isu yang sedang trending sepanjang minggu ini dengan klik pautan di bawah.

Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’

Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh