Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

“[…] Awak nak saman saya? Kerja lah adik Wanie sayang oi.

“Dah boleh jalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?”

Itu antara respon yang diberikan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman selepas seorang gadis tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadapnya pada semalam.

photo_2020-12-05_11-13-38

Aliff bersama Wanie (tengah). Foto: INSTAGRAM ALIFF SYUKRI

Terdahulu, gadis berkenaan yang dikenali sebagai Wani Chomel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim mengadakan sidang media pada semalam dan mendakwa dirinya tertipu dengan seorang usahawan kosmetik berhubung kontrak yang ditandatangani sebelum ini.

Wanie sebelum ini dilaporkan telah dilantik sebagai duta produk pelangsingan badan dan perlu menjalani pembedahan di bahagian perut terlebih dahulu. Selepas pembedahan tersebut dilakukan, beliau kemudiannya menandatangani kontrak berhubung perjanjian berkenaan.

“Bagaimanapun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan.

“Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM1,000 selepas terlibat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Mengulas mengenai dakwaaan itu di Instagram, Alif Syukri bagaimanapun menjelaskan dia sebelum ini telah menanggung kos yang berkaitan sepanjang Wanie menerima rawatan berkenaan.

Kos itu menurutnya termasuklah membayar jurulatih terapi, perbelanjaan makan-minum dan juga tempat tinggal tanpa meminta sebarang pembayaran daripada Wanie sebelum ini.

Tidak mahu perkara berkenaan diceritakan daripada sebelah pihak, Alif dalam hantarannya yang terdahulu memaklumkan akan membuat penjelasan lanjut mengenai perkara itu pada Isnin ini.

Jelasnya, beliau akan menjawab semua persoalan yang timbul dan dengan semua maklumat yang terdapat dalam perjanjian dan ‘bukannya separuh-separuh seperti yang dibaca’.

“Saya simpan segalanya dari hari pertama saya berjumpa beliau, tunggu penjelasan saya Isnin nanti jam 2 petang.

“Ikut hati nak jawab juga hari ini tapi tak ada persediaan dari segi masa. Biar anda sendiri menilai, katanya di Instagram.

Baca juga perkongsian perkembangan semasa yang lain daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Kecoh Bergaduh Rebut Pelanggan Di Plaza Low Yat, 42 Individu Ditahan Polis

Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan

Tidak Hormati Privasi Pengguna, Usaha ‘Streamer’ Ini Cari Jodoh Dikecam Netizen

Anda Mungkin Suka