Umum tahu Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin sememangnya sangat aktif dalam mensyorkan kepada orang ramai untuk mendapatkan dua dos suntikan vaksin beserta dos penggalak dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Dalam pada itu, kecoh pada hari ini di media sosial apabila terdapat seorang pengguna yang mengongsikan status vaksinasi YB Khairy Jamaluddin yang masih belum mendapatkan suntikan dos vaksin walaupun satu dos menerusi carian di laman web vaksin COVID-19.

https://twitter.com/twt_fat/status/1478924232935362560

Dakwaan yang dibuat nyata mengejutkan pelbagai pihak mengetahui YB KJ muncul antara individu terawal Malaysia mendapatkan suntikan dos Sinovac.

Dalam pada itu, YB Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter beliau tidak mengambil masa yang panjang bagi menjelaskan perkara sebenar di mana beliau sudah selesai mendapatkan dua dos suntikan vaksin beserta dos penggalak.

Beliau juga turut memaklumkan laman web vaksin COVID-19 tidak lagi aktif dan dikemas kini sejak dari Oktober 2021 sekaligus menjelaskan punca status vaksinasi beliau tidak tertera pada laman web berkenaan.

YB KJ juga menerusi ciapan beliau turut memaklumkan secara jelas tarikh pengambilan vaksin, jenis vaksin beserta bukti bergambar bagi mengelakkan segala kekeliruan. Penjelasan yang dibuat dengan pantas secara tidak langsung turut memberi pencerahan kepada netizen status vaksinasi Menteri Kesihatan ini.

Tular pada minggu ini apabila seorang kanak-kanak dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan paku yang tersedia pada Nasi Paku.

Angkara Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Kanak-Kanak Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan

Peniaga Yang Jual Bungkusan Makanan Guna Paku Atau Dawai ‘Stapler’ Bakal Didenda RM10,000