Baru-baru ini tular dakwaan rangkaian restoran francais laksa terkenal di Selangor dan Kuala Lumpur mencampurkan darah khinzir di dalam hidangan mereka.

Terkenal dengan laksanya yang lazat membuatkan restoran ini dikunjungi oleh ramai orang termasuklah orang Melayu Islam. Namun, berita ini telah menimbulkan kegusaran pelanggan beragama Islam sama ada mereka yang pernah makan mahupun baru berhajat untuk menjamu selera di restoran tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Michael Nusair

Justeru itu, Bahagian Hab Halal JAKIM tampil memberikan penjelasan berkenaan status halal restoren tersebut bagi menjawab persoalan daripada netizen.

Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.

Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Terdahulu, JAKIM mengesahkan bahawa gula-gula White Rabbit tidak halal. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

JAKIM Pula Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal

Sijil Halal Xing Fu Tang Oleh Majelis Ulama Indonesia Didakwa ‘Palsu’

FamilyMart Sah Terima Sijil Halal Daripada JAKIM