Namewee sering terpalit dengan kontroversi apabila lantang menyuarakan pendapatnya dan kini namanya jadi bualan netizen selepas melancarkan lagu terbaharunya.

Lagu terbaharunya, ‘You Know Who Is My Father?’ telah mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan orang ramai. Lirik lagunya merujuk kepada Blackpink dan juga menseksualkan wanita yang dianggap tidak menghormati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama sekali peminat Blackpink mendesak Namewee untuk meminta maaf kepada Blackpink dan juga para wanita.

photo_2021-06-03_11-51-50

photo_2021-06-03_11-51-55

Mana tidaknya, para netizen mendakwa lirik lagu yang dinyanyikan Namewee bersifat menyinggung perasaan dan turut seksualkan perempuan dalam video tersebut.

Untuk pengetahuan anda, lagu ini merupakan kolaborasi antara Namewee dan juga platform perjudian secara atas talian. Lirik lagu tersebut menggunakan bahasa Melayu, mandarin dan juga inggeris.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel bekaitan Namewee pada pautan di bawah ini. 

Dituduh Hina Melayu Dengan Poster BABI, Namewee Akhirnya Buka Mulut

Namewee Jelaskan Kenapa Filem BABI Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia