Rata-rata rakyat Malaysia gemar makan nasi lemak dan ia merupakan hidangan tradisi Malaysia yang dikenali di seluruh dunia kerana keenakan rasanya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @KatieMorley_ iaitu seorang wartawan di di Telegraph mendakwa tidak menyukai nasi lemak. Malah, beliau mendakwa nasi lemak dalam penerbangan British Airways adalah terburuk dan memberikan rating 0/10 bintang.

Berikutan itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai orang dan netizen mula menyerang twitter beliau. Rata-rata netizen mendakwa bahawa nasi lemak sebenarnya sedap tetapi beliau mendapat versi yang tidak menyelerakan.

Malah, ada juga yang mendakwa bahawa nasi lemak yang dinkmati beliau tidak sempurna tanpa kacang dan timun. Selain itu, netizen turut mengatakan beliau sebagai wartawan dan ramai orang mengikutinya patut menggunakan perkataan yang lebih baik daripada membuat kenyatan seperti itu.

https://twitter.com/TheChekMad/status/1217671824554651649

https://twitter.com/f4r_e4st/status/1217939352090624000?s=20

Disebabkan Twitter beliau dibanjiri dengan pelbagai reaksi dan maklum balas, beliau tampil menegaskan bahawa perkongsian beliau semalam adalah berkaitan versi nasi lemak dari British Airways yang tidak memuaskan. Beliau tidak berniat untuk menyinggung hati ramai orang.

Malah, beliau turut mengatakan bahawa beliau akan mencuba nasi lemak sebenar kelak. Apakah pandangan anda tentang perkara ini?

Sementara itu, seorang YouTuber dari Greece sanggup terbang ke Malaysia semata-mata nasi lemak di Malaysia. Klik pautan di bawah jika anda terlepas baca artikel tersebut.

YouTuber Dari Greece Sanggup Terbang 9,600KM Ke Malaysia Kerana Rindukan Nasi Lemak

Lihat Mat Saleh Ini Makan Nasi Lemak Paling Sedap Di Kuala Lumpur

Selepas Nasi Lemak, YouTuber Ini Mahu Kembali Ke Malaysia Kerana Burger Ramly Pula