Kecoh sepanjang minggu ini apabila sebuah filem tempatan bertajuk Pulau mengeluarkan treler terbaru mereka yang menyaksikan beberapa babak panas melibatkan wanita berbikini beserta Ms Puiyi yang melakonkan aksi menghairahkan.

Treler filem ini telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen di mana rata-ratanya tidak bersetuju filem ini ditayangkan serta turut menyoal bagaimana Lembaga Penapisan Filem (LPF) membenarkan filem ini ditayangkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerima kritikan yang pelbagai, Penerbit filem Pulau, Fred Chong menyangkal dakwaan ‘menjual’ adegan panas dalam naskhah itu demi menarik penonton. Chong berkata, pihaknya tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Sumber: cinema online

Selain itu, Chong turut menyarankan kepada orang ramai untuk menonton filem tersebut terlebih dahulu sebaik ditayangkan sebelum mengkritik filem tersebut.

“Hasrat kami hanyalah mempromosikan keindahan pulau di Malaysia dan tidak berniat ‘menjual’ adegan panas seperti dakwaan ramai.

“Kami ada perancangan membawa Pulau ke pasaran luar. Ini dapat membantu mempromosikan tempat menarik di Malaysia.

“Jadi, mungkin kerana itu, filem ini mendapat kelulusan LPF,” ulas Chong.

Dalam pada itu, Chong akui terdapat babak yang disunting berikutan tidak sesuai untuk tontonan penonton tempatan.

Tampil mengulas isu wanita berbikini

Menurut Chong, penampilan wanita dalam filem tersebut adalah bersesuaian dengan lokasinya yang dilakonkan di Pulau. Malah, pakaian bikini tersebut merupakan sesuatu yang normal untuk pengunjung pantai.

Hal ini membuatkan beliau memilih untuk menampilkan beberapa pelakon berbilang bangsa mengikut kesesuaian watak dan babak.

Chong turut yakin LPF mempunyai pegawai berkaliber. Tindakan beliau yang sekadar mahu mempromosikan pulau di Malaysia mungkin antara sebab filem Pulau melepasi piawaian LPF. Beliau juga turut akui keputusan untuk menayangkan filem tersebut bukanlah terletak di tangan beliau.

Kontroversi dicetuskan filem Pulau turut mendapat perhatian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang menggesa Lembaga Penapis Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan tayangan filem terbabit.

Sumber