Jika sebelum ini pengasas Sugarbook ditahan kerana menawarkan aplikasi pelacuran bagi golongan elit, beliau kini dilaporkan telah ditahan pihak polis sekali lagi berikutan dakwaan merogol dan menawarkan khidmat seks.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, pihak polis menerima laporan daripada pengadu yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di mana kes berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019.

Berdasarkan dakwaan yang diterima, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 372 kanun sama.

ezgif-7-b680d645db12
Sumber: Harian Metro

Sementara itu, Fadzil berkata, pihak pendakwaan negeri turut membuat permohonan semakan ke atas keputusan Mahkamah Majistret Shah Alam yang menolak permohonan reman terhadap suspek. Menurutnya, permohonan akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam pada 9 pagi ini.

Difahamkan mahkamah telah menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Peguam yang mewakili lelaki itu, Foong Cheng Leong berkata, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan pihak berkuasa berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Sebelum ini, pengasas Sugarbook pernah memaklumkan aplikasi berkenaan berjaya membantu golongan wanita yang memerlukan dalam mendapatkan pendapatan tambahan melalui aplikasi Sugarbook.

Ketahui lebih lanjut tahanan kes pertama yang dilakukan pengasas Sugarbook ini selepas menawarkan platform pelacuran bagi golongan elit.

Tawarkan Platform ‘Pelacuran’ Golongan Elit, Pengasas Aplikasi Sugarbook Ditahan Pihak Polis

Tinggalkan Najis Dan Bil Tidak Berbayar, Tuan Rumah Dedah Sikap ‘Penyewa Dari Neraka’

 

Sumber